Monday, 9 January 2012

sahabat selamanya


Terkenang, Terbayang,
Tak dapat aku lupakan,
tapi sayang semuanya tinggal kenangan.

teman ku, kasihku,
ku ingin seperti dulu,
bersama menjelajah dunia.

kekuatan, kebanggaan,
bebas dan terus berjalan,
kenangan tak mungkin aku lupakan.

aku harap teman semua
dapat bersama semula
perjuangan kita masih belum pudah

kemananya
teman setia
perjuangan…
ku ingin kau semua…
bersama semula…


lirik  di atas nie adalah lagu daripada kumpulan ACAB..liriknya berkisarkan tentang erti persahabatan. Yup persahabatan..persahabatan adalah sesuatu yang signifikan untuk dibualkan...sememangnya kita sebagai manusia memerlukan persahatan dalam meneruskan kelangsungan hidup.
Sahabat datang dan pergi. Tapi tidak semestinya sahabat yang kita terpisah itu akan pergi selamanya. Biasalah fitrah hidup manusia ada pertemuan dan perpisahannya. Pertemuan akan menemukan kita dengan kenalan baru dan meramaikan kawan yang telah sedia kita ada. Semasa aku bersekolah dulu, aku ingat lagi aku pernah mengikuti kem motivasi. Selalunya kem itu akan berlaku sehingga 3 atau 2 hari dan ianya melibatkan banyak sekolah. Daripada situ kami akan diberikan group dengan bercampur dengan sekolah lain. Bermula dari situ, pertemuan baru akan berlaku dan masing2 bertukar fikiran. Setelah di akhir program tersebut pastinya saat perpisahan berlaku. Dari situ kita rasa akan kehilangan kenalan yang baru kita kenali. Tambah pula pihak pengajur memasangkan lagu ‘sahabat sejati’ daripada kumpulan brothers..maka banyakla air mata akan berjujuran daripada pelajar..hehehe..kadang2 rasa macam kelakar pulak... tapi itulah fitrah manusia
Tak lama lagi aku akan berpisah dengan rakan sekelasku setelah 4 tahun kami bergelumang mencari ilmu didalam kelas yang sama. Masa kelas terakhir haritu pun aku tgk ramai budak perempuan dah menangis..syahdu beb..bdak laki plak nmpak kool je tapi dalam hati mana sapa tau kan..”dalam hati ada taman”...hehehe..moga persahabatan kita tidak terputus sahaja..lagipun sekarang banyak kemudahan..facebook, frienster, telefon and mcm2 lagi teknologi yang memudahkan manusia untuk berhubung..kalo dahulu mungkin susah sebab kena tulis surat..hehe
Aku pastinya akan teringt nama fahmi,din,wawan,epo,miji,mad,lulu,pie,sarah,weeda,pahsha dan ramai lagi laa..sori kalo aku taksebut sbb bnyak sgt..hehehe..senang citer budak2 batch 2008/2009...hope masing2 akan berjaya selepas ini...aminnn

Wednesday, 4 January 2012

ikan ketuka


Salah satu spesies ikan mirip ikan pari. Orang cakap ikan ketuka ini adalah anak kepada ikan pari. Kalo pancing kena sambar ngan ikan ketuka ini, best woo..maybe sebab oleh bentuk badannya yang begitu apabila berada dalam air maka ,maka tekanan ikan terhadap air akan menjadi lebih berat. Ketuka  ini mempunyai sengat di bahagian ekor. Jadi berhati-hatilah semasa mengendalikan ikan ini ketika baru didaratkan. Sengatnya haruslah dibuang terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku. Ikan ketuka ini rasanya sangat sedap jika dibakar dan dicicah dengan air asam. Leh tambah 2,3 pinggan nasi. Hehehe. Untuk mancing ketuka ini boleh sahaja menggunakan udang hidup, perumpun dan juga isi ikan. Kalo aku lebih suka menggunakan perumpun sebab lebih mudah dikendalikan dan juga harga murah berbanding udang hidup harga sekitar 50 sen seekor.huhu..ikan ketuka ini adalah ikan yang berada di laut, so janganla pergi ke sungai pastu nak dapatkan ketuka. Memang tak ahh...