Monday, 25 April 2011

TEMAN-TEMAN

Semua orang ada teman…samada teman itu biasa teman biasa, teman tapi mesra ataupun teman special, itu terpukang kpd kita nak yg bagaimana…kalo dalam 3 kategori tu aku ad 2 je, teman biasa and teman special..teman tapi mesra takde sbb tak baik ooo ada teman tapi mesra tu..kita seolah-olah menipu pasangan kita dan orang lain…tak baik sakitkan hati org..tak baik nak menipu…kalo orang buat kat kita camtu camne kita rasa plak kan..so, kalo dah dapat seseorang yang sayang kita tu, ita sayang la die sepenuh hati kita…

Teman biasa ni kita leh kata cam rakan  ataupun shabat yang sentiasa bersama kita la…kalo dia kawan kita tp dia tak snggup nak hadapi apa jua masalah ataupun tak dpt jd pendengar yg setia tu bukan teman kita, bukan sahabat kita..itu mcm org asing yg kita kenal dia hanya sekadar sahaja…aku ada sorang teman karib..kalo kat kg aku panggil dia angah ja…aku kenal dia  sejak form 6 la…sblum tu die sek tempat lain so bila die pndah ke sekolah aku baru aku kenal baik ngan dia…dia ni mamat hensem..hahah..kembangla ang angah kalo bc entri ni..tp mmg hensem kot..kalo kat form 6 dlu, time pg atau rehat je..bdak2 form 5,form 4 dok bertenggek kat koridor tu nak tgk angah..hahahha..kelakar gler..gurl ngorat laki..ramai plak gurl tu…pastu siap dtg klas lg nak jmpa ngan si angah tu..aku gelak ja sbb angah ni time tu jd tak tentu arah bila ramai gurl dok ngorat dia…smpai gurl2 tu panggil die abg cantik..

Biarlah dengan si angah tu…sbnrnya aku nak crita pasal teman special aku ni…nama dia FHSN…hahhaha..nama sngkatan die anum je…die dh jd teman istimewa aku dlm 6 thn lebih dh..pewittttt…lama tu kan…tu la..kiteorg pon rncang nak bina masjid sama2…skang bleh dh nak bina Cuma tnggu modal(duit) nak bina tu la..hehhe..ngah kumpul sket2…insyaAllah akan tercapai jua..kita kena yakin dengan setiap apa yang kita lakukan barulah diri kita akan lebih bersemnagat dan bermotivasi untuk melakukan sesuatu.
Aku suka anum ni sbb keperibadian die…Nampak cirri-ciri feminine atau kewanitaan tu terserlah…aku yakin die dapat bhagiakn aku kalo bersma dengan dia..dan selama 6 tahun nip on aku sentiasa hepy dengan dia walaupun adakalanya kiteorg ada salah paham, namun itu menjadikan kami lebih matang dan lebih rapat..macam belangkas la kata org tu..heheh…walaubagaimanapun aku tak suka satu ja ttg anum nie…iaituu….dia suka kentut..busukkkk..hahhaha..gurau ja…sbnarnya takde satu benda pon aku tak suka ttg dirinya..aku terima seadanya kelebihan atau kelemahan yang ada pada dirinya…bg aku anum la semangat aku untuk teruskan masa depan aku yg pada suatu ketika dulu nmpak kelam..

Ketika aku berhenti dr UPSI, aku rs ms tu mcm xde harapan nak dpt anum lg…sbb aku time tu Cuma ada STPM je..apa yg aku nk keje dgn ade sjil tu je..tp anum bg aku smngat utk teruskan perjuangan..belajar semula..die cakap die snggup tnggu aku…aku rs bersyukur sgt2 lepas die cakap begitu..aku tau die ikhlas nk membantu aku dn hdup bersma aku…skarang pon kalo aku ada prob die slalu bantu solve and bg nasihat camne nak hadapi semua tu walaupun kdg2 tu aku slalu wat die sedih..maafkan abg ye num…abg nk jd terbaek utk anum tau..bertuah aku dapat cik anum nie…oklah setakat ni jela dlu…I lap u cik hanum..pewittttt

Sunday, 24 April 2011

KEHIDUPAN

harini mata kiri aku semakin sakit..pg2 aku bgn tp rs sakit so aku bgtau cik anum nape asyik rs nak ngnntok je nie..maybe sbb lom mkn pagi..so , aku g mkn utk kurangkan stress pd mata...sbnarnya mata kanan aku masih lg tak nmpak n ditambah ngan telingan kiri aku berdesing..skang mata kiri plak terasa pedihh...oh tuhan..aku tak tau dh camne nak buat..aku sllau berfikir kalo aku tak smpurna lagi hidup kat muka bumi ini bagaimana aku harus melalui kehidupan ini...kadang2 tu aku hanya kuatkan diri ini supaya tak nampak sedih walaupun dalam hati just  tuhan je tahu..aku sian pada mak ayah aku, anum..sbb kdg2 terpaksa tanggung sama2 derita ngan aku...aku nak sgt bhagiakan mereka...aku tak nak pergi dulu ataupun mempunyai kekurangan cacat fizikal...harap semua sakit2 aku sembuh selepas ini...mngkin ini semua ujian tuhan untuk hambamu..Aminn

Andainya aku pergi dulu sebelum mu,
bahagiakah aku dengan kehidupan di sana,
Adakah sudah cukup amalan yang aku lakukan,
bagaimana janji untuk gembirakan mereka,
bolehkah aku tunaikan,

OH Tuhan,
bagilah aku kesempatan untuk melekukan itu,
Aku ingin berjasa kepada Ibu bapa aku,
Ingin membahagiakan kekasih aku,
Memberi sesuatu yang berkesan pada adik-adik aku,

aku sayangkan semuanya,
harap aku diberi peluang,
KAU sembuhkanlah luka-luka dalaman atau luaran,
Aku ingin jd seperti orang lain,
sihat sejahtera,gembira sntiasa,
aku tidakmahu orang lain bersedih tentang aku,
Aku gembira jika dapat gembirakan orang...

Friday, 22 April 2011

KEJAYAAN

semua orang inginkan kejayaan..seperti juga aku..aku juga menginginkan sedemikian. ianya merupakan satu kepuasan jika kita berjaya..ada sesetengah nya mencapai kejayaan dalam diri dan tidak kurang juga yang gagal dalam mengejar kejayaan. sepatutnya kita sebagai manusia di arus pemodenan ini menjadikan suatu penghalang ataupun kegagalan itu sebagai dorongan untuk kita lebih maju ehadapan. bukannya kita menyalahkan takdir dan hanya menyerah nasib semata-mata tanpa ada usaha untuk lebih berjaya ke hadapan...

kalo cerita mengenai kejayaan ini aku sering teringat kata-kata lecturer aku semasa aku belajar. lecturer tu bukan lecturer jabatan aku... die dari program lain...just dtg mengajar untuk subjek pendiidkan jasmani suaian. pendidikan jasmani suaian ni adalah satu subjek dimana pendiidkan jasmani diubahsuai mengikut keperluan kanak-knak pendiidkan khas sama ada dalam masalah pembelajaran, penglihatan mahupun pendengaran. okay berbalik kepada cerita kajayaan tu..lecturer tu mmg garang..kalo die masuk semua diam je...muka memang bekeng habis la..hehe..tp aku suka die ngajar...nampak ciri-ciri pendidik tu terserlah

aku ingat lagi..masa kelas terakhir tu die cakap satu benda yang aku ingt smpai ke hari ini...die cakap kalo nak jd org berjaya..mesti cemerlang dalam 4 perkara ni..die cakap,itu kata2 dari guru die so die certiakan pula kepada kami...tp malangnya aku ingt 3 je..huhuh..lg 1 tak ing..aku tnya kwn2 aku yg len..depa langsung tak ingt satu pon. maybe depa dengar macam masuk telinga kanan, keluar telinga kiri je..huhhu

perkara pertama katanya, kita mesti expert dalam pelbagai bidang jadi orang yang bijak... kat sini die maksudkan supaya kita bijak dalam setiap disiplin ...tidak kiralah disiplin itu dalam major kita atau tidak...sevagai contohnya, seorang guru matematik semestinya mempelajari ilmu berkaitan pengiraan, bermain dgn nmbor dan expert dalam perkara itu...tetapi guru itu haruslah juga bijak dalam ilmu lain seperti ilmu fizik, ilmu sains, ilmu agama islam..hal ini agar memudahkan dirinya menjawab setiap persoalan yang bermain di kepalanya dan juga menggabungkan setiap disiplin apabila menghadapi sesuatu perkara ataupun masalah.

perkara kedua ialah kita mesti pandai bercakap...pandai becakap disini bukannya bermksud kita ni peramah..org pendiam pon leh jd seorang yg pandai bercakap juga. pandai bercakap dalam konteks kejayaan ini menyatakan seseorang itu pandai bercakap jika berhadapan dengan seseorang ataupun sekumpulan kelompok manusia. secara contohnya jika berhadapan dengan kumpulan orang tua ataupun kanak-kanak, kita mesti tau macamna nak berbual, bercakap dengan golongan itu..kita tak leh la boleh nak cakap dgn org tua macam kita bercakap dengan member...guna lu gua..kau..hang..gna bahasa yg sopan..kalo nak berhadapa dengan pegawai2 ke msti kita tahu cara-carnya nak memulakan perbualan.

perkara 3 berkaitan dengan masa. untuk jadi seorang yang berjaya kita mestilah patuh dah sharp dengan msa..jgn orang cakap jnji melayu, dtg puku 5 jnji kul 4...tp pelik gak kan nape lak jnji melayu..cina pon ada gak jnji camtu..huhu..ntahlah...untuk jd sorang berjaya kita mesti patuh pada masa...kita lihat bangsa jepun, kebanyakannya berjaya sbb tidak suka lengah masa..bg mereka masa itu emas...lihat saja dalam train, depa akan membaca..tidak seperti di negara dunia ketiga seperti kita masih lagi kurang memberiperhatian terhadap perkara itu...kalo tak caya tryla keje kat kilang tokey jepun cam sony ke..aku dah keje dlu..mmg waktu keje mmg dititikberatkan..kalo terlewat seminit je dah brp RM die tolak gaji

perkara ke4 aku tak ingt..hahahha...camne leh terupa aku pon tak tau..huhuhu...rs nak g tnya balik je lecturer tu...tnya kwn2 depa lagi la tak tau langsung....takpela..nn ingt balik la kot...hehehhe

Tuesday, 19 April 2011

SAINS KEHIDUPAN

Hai, kat sini aku nak ceritakn serba sedikit tentang program bersama kanak-kanak tunas permata UKM yang kami lakukan. Pelajar-pelajar sains kehidupan telah diberikan kumpulan dan pensyarah penyelia masing-masing. Aku  telah berada di bawah seliaan PM Dr Ruhizan dan aku seorang je pelajar daripada program pendidikan khas. huhuh..sedih2..awat la membr sekelas aku yg len dpt gorup len..Kami diberitahu, dalam setiap kumpulan terdapat setiap program dan kami tidak dibenarkan memilih sendiri kumpulan agar membolehkan kami bergaul antara setiap program.


Pada minggu ini merupakan perjumpaan pertama bagi kumpulan kami bersama pensyarah penyelia yang diadakan pada hari jumaat. Pensyarah bimbingan iaitu PM Dr Ruhizan mencadangkan 3 kumpulan di bawah bimbingannya membuat program yang berbeza di My Kasih. Program itu mestilah mempunyai jaringan bersama pihak luar. Kami telah diberikan 3 kumpulan mengikut tema masing-masing iaitu alam sekitar, keselamatan dan isu sosial. Untuk Kumpulan aku ni, kami diberi tema keselamatan. Ahli kumpulan saya yang lain ialah Norliyana, Hasrul, Chow dan juga Fatimatul.aduhhh...kami tak cadangkan pon tajuk tu...kiteorg nak tajuk isu sosial tp group yg cadangkan keselamatan tu plak amik..xpela...go on jela...

 Pensyarah meminta kami pergi ke My Kasih dengan segera untuk membincangkan projek dan aktiviti bersama pihak tersebut. Hal ini agar kami tidk kesuntukan masa untuk menjayakan aktiviti tersebut. Untuk kuliah telah tamat pada minggu lepas, maka selepas ini kami hanya dikehendakai membincangkan tentang program dan melaksanakannya dan seterusnya membentangkannya pada pensyarah masing-masing.Tapi aku tak dapat hadir sbb aku cuti 2 mnggu .Aku bercuti kerana tahap kesihatan aku semakin merosot sehinggakan pada minggu ini aku terpaksa dimasukkan ke Hospital Sungai Petani. Doktor mengesahkan aku dijangkiti kuman dan menyebabkan demam panas. aku teah dimasukkan ke wad selama 4 hari dan doktor memberikan cuti selama seminggu. aduhh...lepas satu, satu penyakit. Pada minggu ini juga aku terpaksa melepaskan jawatan ketua pengarah kepada kawan kumpulan aku iaitu saudara Hasrul agar kumpulan kami lebih bergerak jitu dalam melaksanakan aktiviti ini. Aku diberitahu aku menjadi timbalan kepada ketua pengarah. Kawan sekumpulan juga memberitahu mereka telah pergi ke My Kasih untuk membentangkan kertas kertas kerja itu. Pihak My Kasih memberitahu kami mungkin akan mendapat pusat My kasih didaerah Cheras tetapi meminta kami ‘follow up’ untuk mengetahui perkembangannya.

Minggu ke 10 ini aku bersama kumpulan aku telah berjumpa dengan penyarah untuk menceritakan masalah dan perkembangan kumpulan kami. Kami diminta agar menunjukkan bahan material, modul ataupun apa sahaja barangan yan digunakan untuk aktiviti kepadanya. Selepas itu kami berbincang apa aktiviti yang perlu kami buat disana untuk memantapkan lagi program kami. Pada hari jumaat ,secara kebiasaannya kami dan kumpulan lain akan berjumpa pensyarah untuk membincangkan tentang program kami secara bersama-sama. Pada hari itu, pensyarah memberitahu bahawa kumpulan aku dan juga kumpulan yang bertemakan alam sekitar telah ditolak permintaan untuk mengadakan program di My kasih. Di ketika ini kami panik kerana masa hanya tinggal lagi berapa minggu dan kami terpaksa mencari tempat yang baru dan juga merencanakan program yang lain. Walaubagaimanapun kami masih mengekalkan tema sedia ada kami iaitu ‘keselamatan’.panik beb sbb markah full depa tgk dalam penglibatan program..xde final utk paper ni..huhu

Kami telah berbincang bersama-sama tentang tempat dimana kami mahu laksanakan program itu. Kami telah bersepakat mahukan program itu dilaksanakan di Tunas Permata UKM. Kami telah pergi berjumpa dengan pengetua Tunas Permata untuk membincangkan hal tersebut. Pengetua tersebut telah menerima program yang kami ingin lakukan, malahan menyokong sepenuhnya kerana pada bulan mac itu juga pihak tunas Permata membuat kempen keselamatan untuk kanak-kanak tersebut.Selepas tarikh, masa dan tempat ditentukan maka kami bersama berbincang bagaimana mahu melaksanakan aktiviti tersebut. Kami berbincang tentang aktiviti yang akan dijalankan sepanjang program itu berjalan. Kami telah sepakat membuat 3 aktiviti LDK selain senaman pagi dan juga penyampaian cenderahati. Untuk cenderahati itu, kami mengeluarkan modal dahulu sebanyak RM50 seorang dan kami memiliki RM250 untuk 5 orang. Pada masa yang sama juga kami mencari dan mengumpul alamat-alamat agensi atau syarikat untuk tujuan pemasaran. Setelah alamat-alamat dikumpul kami mula menghubungi syarikat-syarikat yang berkaitan dengan tujuan untuk mengetahui prosedur untuk memohon sumbangan. Kami membahagikan syarikat-syarikat yang dipilih kepada lima ahli untuk mempercepatkan gerak kerja kumpulan dan hasilnya surat pemasaran dan kertas kerja dapat dipos, difaks dan dihantar ke syarikat itu dengan kadar segera. Pada minggu seterusnya juga, surat dihantar ‘by-hand’ ke syarikat itu sendiri seperti Pusat Zakat UKM, Pusat Islam UKM. Surat-surat yang telah dihantar di ‘follow-up’ oleh ahli kumpulan yang bertanggungjawab bagi setiap syarikat tersebut dan setiap perkembangan akan dicatatkan bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.


Pada 21 mac 2011, hari program pun tiba. Kami telah pergi awal ke tempat tersebut iaitu Tunas Permata UKM yang berada di hadapan UKM pada kira-kira pukul 7.30 pagi. Kami datang awal untuk memasang laptop dan pembesar suara sebelum program berlangsung. Walaubagaimanapun, kami tidak dapat melakukannya lebih awal kerana Pengetua Tunas Permata sedang bercuti. Jadi, kami terpaksa menelefon pengetua tersebut agar memberitahu kepada guru-guru tadika yang lain. Selepas memberitahu , barulah kami dapat melakukan aktiviti pemasangan itu. Kami menunggu beberapa seketika sehingga waktu persekolahan bagi kanak-kanak tadika ini bermula. Tepat jam 8.30 pagi, semua murid-murid beatur di hadapan kelas. Aku telah memberitahu mereka apa tujuan kami dating pada hari tersebut. Selepas itu aku memberitahu aktiviti pagi itu akan dimulakan dengan senaman pagi dan tarian ‘chicken dance’ yang akan diketuai oleh Mohd Hasrul dan aku sendiri...hahah...aku ikut langkah kaki je menari..mana la aku reti..huhuhu

Selepas selesai senaman pagi, aku telah memberitahu semula kepada mereka bahawa mereka akan dipertontonkan dengan aksi silat yang dibawa khas dari UKM. Kami sebenarnya telah menjemput dua pesilat wanita daripada program pendidikan islam untuk mempertontontonkan aksi silat mereka itu. Semasa aksi silat tersebut berlaku, kanak-kanak bagaikan terpukau dan bertepuk tangan dengan ketangkasan 2 pesilat tersebut. Aksi silat tersebut telah berjalan selama lebih kurang 15 minit. Selepas itu, murid-murid disuruh memasuki kelas masing-masing. Walaubagaimanapun, murid-murid 5 tahun dikehendaki memasuki kelas bersama-sama murid-murid 6 tahun. Hal ini kerana program yang kami jalankan itu hanya berfokus kepada murid-murid 5 dan 6 tahun. Kami telah diberitahu jumlah kedua-dua kelas tersebut adalah seramai 44 orang.





Untuk LDK ke 2 ini kami telah menunjukkan kepada murid-murid ini video tentang keselamatan diri samada di rumah , taman permainan mahupun jalan raya. Tidak terkecuali kami juga ada menyediakan video tentang cara-cara membersihakan tangan dengan betul. Untuk video keselamatan ini kami telah menayangkan sebanyak 8 buah video kepada murid-murid ini. Kami menunjukkan kepada mereka satu persatu video itu. Namun, kami tidak menunjukkan sekaligus. Selepas satu video, salah seorang daripada kami akan bangun untuk menceritakan tentang video itu dan juga berinteraksi dengan murid-murid itu untuk mengetahui kefahaman mereka terhadap video yang ditunjukkan itu. Selepas berakhirnya LDK yang ke 2, murid-murid tadi diberi rehat selama 30 minit dengan makanan sememangnya telah disediakan oleh pihak Tunas Permata. Selepas habis rehat, aktiviti telah berambung kembali degan LDK yang ke 3 iaitu papan hitam. Untuk LDK ini kami akan memberikan pelajar kertas yang mengandungi 3 bahagian. Bahagian pertama mereka perlu mewarnakan alatan yang berbahaya. Bahagian yang kedua pula, mereka mesti menandakan betul atau salah di ruangan yang disediakan untuk setiap aktiviti yang dilakukan di dalam gambar itu. Bahagian ke 3 pula dikehendaki menyusun semula langkah-langkah membasuh tangan dengan betul seperti didalam video yan kami tunjukkan tadi. Mereka telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang LDK itu berlangsung.

Setelah tamat LDK yang ke3 itu, maka tamatlah sudah aktiviti yang kami lakukan pada hari itu. Kami telah mengumpulkan mereka kembali dan  menyoal mereka apa yang dipelajari mereka pada hari itu. Selepas itu, kami memberikan mereka beg cenderahati sebelum mereka pulang ke rumah. Kami juga telah memberikan cenderahati kepada pihak Tunas Permata di atas kesudian mereka menerima kami untuk melakukan aktiviti disitu. Selepas itu, kami mengemaskan kembali barang-barang yang telah kami bawa ke situ. Tepat pukul 1, kami semua telah pulang ke kolej masing-masing dengan perasaan yang gembira walaupun terasa kepenatannya.... perghh...aku tabik gak ngan budak2 kat tunas permata ni...pandai2, pandai bertanya and bersoal jawab...cakap english plak tu...huhu..maybe sbb mak ayah depa ni pensyarah and kakitangn ukm so persekitaran keluarga tu dah mempengaruhi cara pemikiran mereka.

Thursday, 14 April 2011

SUPER SOMETHING

my cyg suka sg lagu ni..smlm dia sruh aku cari lirik nie..aku cari and dgr la skali lagu tu..wah best2...aku paham maksud die walupun aku tak terer omputih..kadang2 tu nak sebut sesuatu word dlm english tu tergeliat lidak...maybe sbb loghat utara aku pekat kot...perlu banyak praktis lagi la aku pasni..smbil balajar english, aku blajar gak bahasa siam kat tenet.sbb cam best je die sebut tu...ada kap kap kat belakang..hehehxpe2, pelan2 praktis..nak gak aku ada bnyak bahasa..hehe..mengenai omputih ni teringat kata2 usop wilcha dalam hantu kak limah...'itulah pentingnya english education'...lepas awie sebut wheelchair sbg wilca..hehe
p/s: teringat nasuha panggil anum sbg kak yuna..hehe


You see
I was nothing more
than a girl who wished
for something different
watchin her dreams
from a distance

You see
when you came in
it's a different game
You believe in me so much
You turn me from nothing to a girl
who's super-something

(chorus)
You'll see
I'm better
I'm faster
Stronger
I'm happier
when you by my side
(ku lalui semua dengan senyuman di wajahku)
You'll see
I'm better
I'm faster
Stronger
I'm happier
when you by my side
(ku tempuhi semua kerana engkau di sisi ku)

The truth is
I was never more than this
Something kept me from reaching out
for something
but my heart is wanting
what it's looking for
then you came
you turn me upside down
I'm no longer afraid
of chasing
possibilities
I'll be the last one standing

Wednesday, 13 April 2011

JALAN JALAN CARI MAKAN 2

NASI BERIANI GAM SEKSYEN 15 BANGI

aku dulu tak makan sangat nasi beriani..tp member2 klas aku yg perkenalkan aku kepada nasi beriani gam ni..hehe...kredit to Din...kedai ni berada kat kawasan seksyen 15 bangi, berhampiran dengan bangunan niosh dan juga petronas stesen minyak. kalo time tengahri pergi memang kena beratur la jawabnya...kadangkala tu sampai ke luar kedai. menu dia cam simpel je...nasi beriani pastu kita bleh pilih nak ayam masak merah ke , masak beriani ke, lauk daging ke..kalo lauk ayam masak merah tu just Rm6..dia bagi skali acar..ayam dia besar..memang berbaloi la...paling mahal lauk daging kambing rasanya...skali nasi semua RM7.80..kalo sapa yang tak mau makan nasi tu leh la order mee bandung, mee rebus muar. bagi aku sedap la...dan kalo mkn nasi beriani tu terasa kekenyangan dia..heheh..ni gambar nasi beriani tu tp ini lauk daging


tp sapa yg ada senggugut and nak dtg bulan tu jgn mkn acar tu..kang sakit plak..heheh..kat bwh ni gambar kat depan kedai..nama kedai die restoran anje



PASEMBOR PADANG KOTA PENANG
pasembor ni kalo kat tempat lain orang panggil rojak...dlu aku tak tau aku ingtkan depa jual rojak buah..heheh..rupa2nya pasembor la..orang utara je panggil pasembor ni...aku suka mkn gak...kuah kacang selalunya..sedap...tgk cara hidangan dia macam yong tau fu je..huhuhu..pilih2 lauk pastu potong campur kuah atas....mknnn..pasembor yang terkenal kat area penang la sbb mmg asal dia dr area tu pon terutamanya area padang kota..tapi kalo nak amik makanan tu, jgn pakai amik je..satg jenuh nak bayaq..huhu





JALAN JALAN CARI MAKAN 1

hai semua...bertemu kembali...arini kat bangi hujan je dr tghari..huhu...dah hujan ni paham2 jela, perut pon berbunyi lagu jamal abdillah, lagu justin bibir,...hehehe...aku pon saja la godek2 laptop ni search kat google cari makanan2 yang lazat...huhuh...macam2 la makanan yg aku jumpa..ok aku ceritakan satu persatu..

MEE UDANG DAN NASI UDANG PULAU SAYAK

mee udang ni terkenal kat kwsan kuala muda sbb sedap...dah tu die punya kedai betol2 tepi laut..yg terkenal mee udang usop la...tp harga bleh tahanla...namun, puas hati mkn kat sini, udang die fresh, besar lak tu..ditambah dgr angin dr laut ...wah syahdunya...kalo semua nak tau kedai ni berasakan udang so kalo kita mnta mee goreng nnt die akan letak juga udang so bayaran mahal la..kalo taknak udang ckap je ms order tu 'mee goreng tak mau udang', so baru die tak letak udang. kat bawah ni gambar-gambar tempat kedai dan juga menu tersebut...
ni gambar menu nasi goreng udang pulau sayak...slruupppp..aku pon dah terliur tgk udang die..huhuh..besar gedabak..heheh..kalo mkn udang je pon dh sengkak perut kan..kat bwh ni plak rupa mee udang die


ni plak pemandangan dari dalam kedai ni..cantik kan...dr pulau ni kita boleh nampak penang..kalo mlm lagi cantik panorama die




CHAR KUEH TIAW SG DUA

Char kueh tiaw ni bleh dikatakan the best in the world la..heheh..dengan kuah die yang pekat..pastu ckup rs masin manis masam..semuala...kalo nak ke sini tak susah just kuar tol sg dua so belok kiri and jln depan sket jmpala kedai ni betol2 tepi jln..tp nak parking susah sbb jln ni bz..silap parking abislah bontot kereta korang so datang naik motor jela lebih selamat...heheh...kalo nak tau tukang masak dalam kedai ni semua lelaki..skali masak sampai 3, 4 org...and jarang la berhenti sbb order x henti2..orang plak x putus2 datang. aku tau tempat ni pon sbb angah bw aku..sblum  ni dok pekena char belah sg petani je...dah lama aku tak rasa kesedapan char ni...satu ;lagi trademark kedai ni adalah tagline die'telur ayam dibasuh'..heheh...udang die pon fresh and besar2 gak

nampak selera tak?..kalo korang tak selera gak aku tak tau nak akata apa dah..huhuhu....udang die okla, x kecik sgt kan...kat bwh ni plak gambar depan kedai dia..nmpak tak ayat  'telur ayam di basuh" hehehe