Tuesday, 19 April 2011

SAINS KEHIDUPAN

Hai, kat sini aku nak ceritakn serba sedikit tentang program bersama kanak-kanak tunas permata UKM yang kami lakukan. Pelajar-pelajar sains kehidupan telah diberikan kumpulan dan pensyarah penyelia masing-masing. Aku  telah berada di bawah seliaan PM Dr Ruhizan dan aku seorang je pelajar daripada program pendidikan khas. huhuh..sedih2..awat la membr sekelas aku yg len dpt gorup len..Kami diberitahu, dalam setiap kumpulan terdapat setiap program dan kami tidak dibenarkan memilih sendiri kumpulan agar membolehkan kami bergaul antara setiap program.


Pada minggu ini merupakan perjumpaan pertama bagi kumpulan kami bersama pensyarah penyelia yang diadakan pada hari jumaat. Pensyarah bimbingan iaitu PM Dr Ruhizan mencadangkan 3 kumpulan di bawah bimbingannya membuat program yang berbeza di My Kasih. Program itu mestilah mempunyai jaringan bersama pihak luar. Kami telah diberikan 3 kumpulan mengikut tema masing-masing iaitu alam sekitar, keselamatan dan isu sosial. Untuk Kumpulan aku ni, kami diberi tema keselamatan. Ahli kumpulan saya yang lain ialah Norliyana, Hasrul, Chow dan juga Fatimatul.aduhhh...kami tak cadangkan pon tajuk tu...kiteorg nak tajuk isu sosial tp group yg cadangkan keselamatan tu plak amik..xpela...go on jela...

 Pensyarah meminta kami pergi ke My Kasih dengan segera untuk membincangkan projek dan aktiviti bersama pihak tersebut. Hal ini agar kami tidk kesuntukan masa untuk menjayakan aktiviti tersebut. Untuk kuliah telah tamat pada minggu lepas, maka selepas ini kami hanya dikehendakai membincangkan tentang program dan melaksanakannya dan seterusnya membentangkannya pada pensyarah masing-masing.Tapi aku tak dapat hadir sbb aku cuti 2 mnggu .Aku bercuti kerana tahap kesihatan aku semakin merosot sehinggakan pada minggu ini aku terpaksa dimasukkan ke Hospital Sungai Petani. Doktor mengesahkan aku dijangkiti kuman dan menyebabkan demam panas. aku teah dimasukkan ke wad selama 4 hari dan doktor memberikan cuti selama seminggu. aduhh...lepas satu, satu penyakit. Pada minggu ini juga aku terpaksa melepaskan jawatan ketua pengarah kepada kawan kumpulan aku iaitu saudara Hasrul agar kumpulan kami lebih bergerak jitu dalam melaksanakan aktiviti ini. Aku diberitahu aku menjadi timbalan kepada ketua pengarah. Kawan sekumpulan juga memberitahu mereka telah pergi ke My Kasih untuk membentangkan kertas kertas kerja itu. Pihak My Kasih memberitahu kami mungkin akan mendapat pusat My kasih didaerah Cheras tetapi meminta kami ‘follow up’ untuk mengetahui perkembangannya.

Minggu ke 10 ini aku bersama kumpulan aku telah berjumpa dengan penyarah untuk menceritakan masalah dan perkembangan kumpulan kami. Kami diminta agar menunjukkan bahan material, modul ataupun apa sahaja barangan yan digunakan untuk aktiviti kepadanya. Selepas itu kami berbincang apa aktiviti yang perlu kami buat disana untuk memantapkan lagi program kami. Pada hari jumaat ,secara kebiasaannya kami dan kumpulan lain akan berjumpa pensyarah untuk membincangkan tentang program kami secara bersama-sama. Pada hari itu, pensyarah memberitahu bahawa kumpulan aku dan juga kumpulan yang bertemakan alam sekitar telah ditolak permintaan untuk mengadakan program di My kasih. Di ketika ini kami panik kerana masa hanya tinggal lagi berapa minggu dan kami terpaksa mencari tempat yang baru dan juga merencanakan program yang lain. Walaubagaimanapun kami masih mengekalkan tema sedia ada kami iaitu ‘keselamatan’.panik beb sbb markah full depa tgk dalam penglibatan program..xde final utk paper ni..huhu

Kami telah berbincang bersama-sama tentang tempat dimana kami mahu laksanakan program itu. Kami telah bersepakat mahukan program itu dilaksanakan di Tunas Permata UKM. Kami telah pergi berjumpa dengan pengetua Tunas Permata untuk membincangkan hal tersebut. Pengetua tersebut telah menerima program yang kami ingin lakukan, malahan menyokong sepenuhnya kerana pada bulan mac itu juga pihak tunas Permata membuat kempen keselamatan untuk kanak-kanak tersebut.Selepas tarikh, masa dan tempat ditentukan maka kami bersama berbincang bagaimana mahu melaksanakan aktiviti tersebut. Kami berbincang tentang aktiviti yang akan dijalankan sepanjang program itu berjalan. Kami telah sepakat membuat 3 aktiviti LDK selain senaman pagi dan juga penyampaian cenderahati. Untuk cenderahati itu, kami mengeluarkan modal dahulu sebanyak RM50 seorang dan kami memiliki RM250 untuk 5 orang. Pada masa yang sama juga kami mencari dan mengumpul alamat-alamat agensi atau syarikat untuk tujuan pemasaran. Setelah alamat-alamat dikumpul kami mula menghubungi syarikat-syarikat yang berkaitan dengan tujuan untuk mengetahui prosedur untuk memohon sumbangan. Kami membahagikan syarikat-syarikat yang dipilih kepada lima ahli untuk mempercepatkan gerak kerja kumpulan dan hasilnya surat pemasaran dan kertas kerja dapat dipos, difaks dan dihantar ke syarikat itu dengan kadar segera. Pada minggu seterusnya juga, surat dihantar ‘by-hand’ ke syarikat itu sendiri seperti Pusat Zakat UKM, Pusat Islam UKM. Surat-surat yang telah dihantar di ‘follow-up’ oleh ahli kumpulan yang bertanggungjawab bagi setiap syarikat tersebut dan setiap perkembangan akan dicatatkan bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.


Pada 21 mac 2011, hari program pun tiba. Kami telah pergi awal ke tempat tersebut iaitu Tunas Permata UKM yang berada di hadapan UKM pada kira-kira pukul 7.30 pagi. Kami datang awal untuk memasang laptop dan pembesar suara sebelum program berlangsung. Walaubagaimanapun, kami tidak dapat melakukannya lebih awal kerana Pengetua Tunas Permata sedang bercuti. Jadi, kami terpaksa menelefon pengetua tersebut agar memberitahu kepada guru-guru tadika yang lain. Selepas memberitahu , barulah kami dapat melakukan aktiviti pemasangan itu. Kami menunggu beberapa seketika sehingga waktu persekolahan bagi kanak-kanak tadika ini bermula. Tepat jam 8.30 pagi, semua murid-murid beatur di hadapan kelas. Aku telah memberitahu mereka apa tujuan kami dating pada hari tersebut. Selepas itu aku memberitahu aktiviti pagi itu akan dimulakan dengan senaman pagi dan tarian ‘chicken dance’ yang akan diketuai oleh Mohd Hasrul dan aku sendiri...hahah...aku ikut langkah kaki je menari..mana la aku reti..huhuhu

Selepas selesai senaman pagi, aku telah memberitahu semula kepada mereka bahawa mereka akan dipertontonkan dengan aksi silat yang dibawa khas dari UKM. Kami sebenarnya telah menjemput dua pesilat wanita daripada program pendidikan islam untuk mempertontontonkan aksi silat mereka itu. Semasa aksi silat tersebut berlaku, kanak-kanak bagaikan terpukau dan bertepuk tangan dengan ketangkasan 2 pesilat tersebut. Aksi silat tersebut telah berjalan selama lebih kurang 15 minit. Selepas itu, murid-murid disuruh memasuki kelas masing-masing. Walaubagaimanapun, murid-murid 5 tahun dikehendaki memasuki kelas bersama-sama murid-murid 6 tahun. Hal ini kerana program yang kami jalankan itu hanya berfokus kepada murid-murid 5 dan 6 tahun. Kami telah diberitahu jumlah kedua-dua kelas tersebut adalah seramai 44 orang.





Untuk LDK ke 2 ini kami telah menunjukkan kepada murid-murid ini video tentang keselamatan diri samada di rumah , taman permainan mahupun jalan raya. Tidak terkecuali kami juga ada menyediakan video tentang cara-cara membersihakan tangan dengan betul. Untuk video keselamatan ini kami telah menayangkan sebanyak 8 buah video kepada murid-murid ini. Kami menunjukkan kepada mereka satu persatu video itu. Namun, kami tidak menunjukkan sekaligus. Selepas satu video, salah seorang daripada kami akan bangun untuk menceritakan tentang video itu dan juga berinteraksi dengan murid-murid itu untuk mengetahui kefahaman mereka terhadap video yang ditunjukkan itu. Selepas berakhirnya LDK yang ke 2, murid-murid tadi diberi rehat selama 30 minit dengan makanan sememangnya telah disediakan oleh pihak Tunas Permata. Selepas habis rehat, aktiviti telah berambung kembali degan LDK yang ke 3 iaitu papan hitam. Untuk LDK ini kami akan memberikan pelajar kertas yang mengandungi 3 bahagian. Bahagian pertama mereka perlu mewarnakan alatan yang berbahaya. Bahagian yang kedua pula, mereka mesti menandakan betul atau salah di ruangan yang disediakan untuk setiap aktiviti yang dilakukan di dalam gambar itu. Bahagian ke 3 pula dikehendaki menyusun semula langkah-langkah membasuh tangan dengan betul seperti didalam video yan kami tunjukkan tadi. Mereka telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang LDK itu berlangsung.

Setelah tamat LDK yang ke3 itu, maka tamatlah sudah aktiviti yang kami lakukan pada hari itu. Kami telah mengumpulkan mereka kembali dan  menyoal mereka apa yang dipelajari mereka pada hari itu. Selepas itu, kami memberikan mereka beg cenderahati sebelum mereka pulang ke rumah. Kami juga telah memberikan cenderahati kepada pihak Tunas Permata di atas kesudian mereka menerima kami untuk melakukan aktiviti disitu. Selepas itu, kami mengemaskan kembali barang-barang yang telah kami bawa ke situ. Tepat pukul 1, kami semua telah pulang ke kolej masing-masing dengan perasaan yang gembira walaupun terasa kepenatannya.... perghh...aku tabik gak ngan budak2 kat tunas permata ni...pandai2, pandai bertanya and bersoal jawab...cakap english plak tu...huhu..maybe sbb mak ayah depa ni pensyarah and kakitangn ukm so persekitaran keluarga tu dah mempengaruhi cara pemikiran mereka.

No comments:

Post a Comment