Friday 7 October 2011

KAHWIN

kat sini aku nak post tentang beberapa padangan orang berkenaan isu perkahwinan.antara g kita selalu dengar

1- kahwin awal
kalo kahwin awal mesti org akan cakap mesti ada apa2 tu yg berlaku...biarlah dia nak kawen awal, even dia masih belajar sekalipon...maybe dia nak cegah dari melakukan dosa, lebih baik nikah...lg pon perkahwinan itu sesuatu yg dituntut dalam islam utk mengelakkan penzinaan...mungkin dah jodoh dia dah tertulis qada dan qadar, so jgnlah bg tanggapan yg negatif jika seseorg itu ingin berkahwin di usia muda..sepatutnya kita bersama-sma dengannya meraikan hari paling bermaknan dalam hidup dia itu.

2- kahwin lewat
ni lg satu masalah..kalo perempuan org panggi andartu, kalo lelaki bujang lapok bujang terlajak...kalo org kita slalunya menganggap kalo sesog itu kawen lewat msti ada kisah silam tak dpt dilupakan tu. maybe dia kawen lewat sbb mahu mantapkan dahulu ekonominya.

3-kenduri kecik
kalo camni mesti org kata, tu mesti xde duit tp nak kenduri gak...tak pon mesti dh kena tgkap khalwat, itu yg buat kecik2 tu, xnak org ramai tau..nnt malu..aduhh...maybe dia nak kan kesederhanaan...yg penting dahulukan yg wajib...kenduri itu hanya utk meraikan penantin dan utk memberitahu kepada umum bahawa si polan itu sudah bernikah.

4-kenduri besar
kenduri besar kalo dilakukan msti ada akap2 belakang yg mengatakan tu mcm nak menunjuk je dia bnyak duit..leh buat kenduri besar2...nak bgtau pada semua yg dia bnyak duit...jgnlah begitu, maybe dia buat kenduri besar sbb dia ada rezeki lebih, ada ramai saudara memberikan sumbangan dan ramai kenalan..jgnlah sentiasa memebrikan tanggapan negatif tana usul perksa.

5-duit hantaran banyak
mahalnya hantaran kawen dia..macam nak jual anak plak...itulah yg kita selau dgr kan..terpulang la pd keluarga siperempuan mahu meletakkan sebanyak mana pon wang hantaran.

bg aku, kita jgn pedulikan sgt kata2 sebegini...mmg itu dh lumrah manusia...mulut tempayan boleh ditutup, tetapi mulut manusia tidak boleh..so, kepada pasangan yg ingin mendirikan rumah tangga, lakukan lah...rezeki ada dimana2 sahaja..lagipon ianya daoat mencegah kita terjebak dalam penzinaan

gambar hiasan

No comments:

Post a Comment