Tuesday, 12 April 2011

KACANG PISTACHIO (KACANG CERDIK)

kacang pistachio...ada juga menggelarkannya sebagai kacang cerdik. cerdik kat mana tak tau la...tp aku suka sangat makan..kalo pegi kat pasaraya and lalu kat kwsan jajan tu msti aku belek2 kacang tu..slalunya tgk jela sbb nak beli mahal hrganya..huhu..yela aku kan student lagi..kalo smnggu sekali leh la beli..kalo dh keje nnt hari-hari aku beli..mkn smpai muak..hehe..aku suka rasanya, lain dari yang lain..td pon aku beli gak kat warta...130gram je dalam rm7 lebih. mkn sekali hadap je...heheh..aku ni walaupun kurus tp kalo nfsu mkn tu dtg..perghh...mkn cam tak ingt dunia..kacang ni bnayak khasiatnya..untuk kebatinan lelaki pon ye juga..sbb ada kajian kat mana aku tak ingt dah membuktikannya...mereka bagi mkn 3 bulan kacang tersebut kepada lelaki-lekai yang lemah syawat and cair air maninya, namun selepas 3 bulan tu menampakkan hasil yang positif..selain itu kacang ni bagus juga untuk pemikiran kita. kalo kita tgk orang yahudi kebanyakkannya genius kerana mereka menjaga aspek pemakanan. kat bwh ni aku dptkan entri ttg kacang pistachio ni untuk pengetahuan kita semua la...=)



Pistachio berasal dari negara Timur Tengah dan Asia. Kacang Pistachio merupakan makanan kaum bangsawan zaman Romawi kuno. Kacang pistachio, adalah merupakan sejenis makanan para genius dahulu dan kini. Kacang Pistachio punya khasiat tersendiri, antaranya zat besi, folat, kalium, niasin, riboflavin dan zing. Kacang berwarna hijau ini juga mengandungii banyak fitoterol yang dapat membantu menurunkan risiko terkena penyakit jantung serta beberapa jenis kanser.

Para penyelidik di Pennsylvania State University telah melakukan satu kajian. Responden diminta memakan lebih kurang 42 gram pistachio setiap hari. Pada akhir minggu keempat, mereka yang rajin memakan kacang jenis ini berjaya menurunkan sejumlah kadar kolesterol mereka, hingga sekitar 6.7 peratus, dan kolesterol LDL(kolesterol 'jahat') hingga 11.6 peratus.

Secara tidak langsung, penurunan kadar kolesterol yang hampir 7 peratus, ini turut menurunkan risiko mendapat penyakit jantung hingga 14 peratus! Selain itu, kacang pistachio juga dapat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL), meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL) di dalam tubuh manusia, melindungi usus serta menguatkan hati dan ginjal. Jika membelinya, pilihlah yang kulit luarnya terbuka kerana kulit tertutup menandakan kacang belum cukup tua.Kerana usia pistachio tidak lama sebaiknya pilihlah pistachio yang warna kacangnya hijau terang. Kalau sudah terlalu tua atau lama di toko, warnanya akan pudar, dan kacang akan berubah layu.

RINDU...

Hari ni sygku dah kembali ke kelantan untuk menghabiskan saki baki pengajian yang dianggarkan dalam sebulan je lagi…wah bestnye dah nak abis dh kan…aku je ada lagi setahun…die plak lg sebulan….huhu…cam terbalik plak nnt die yang keje dulu…xpela, nak wat camne kan..maybe ada hikmah di sebalik semua yang terjadi…anum tnggu ye lg setahun je…lepas tu abg keje leh la dpt duit banyak2 and leh kawin..wwah, gatalnya aku..hehe..mana tak gatalnya member2 banyak yg dah kawin..dh beranak sorang dua dah…aku je blom…aku pon skang saving sket2 utk kumpul duit hantaran..hahah

Erm, rs sunyi plak bile anum takde..slalunya kiteorg slalu berjumpa…kalo aku buat salah aku slalu kena cubit..heheh..tp aku suka..bukannya sakit pon..cubit la lagi banyak kali ye num..haha…kena tnggu kat sebulan gak la baru dapat jumpa balik…jaga diri ye berada di tempat org…abg sentiasa doakan anum =)
P/S : aku pon jiwang gak..huhu

PATIN OH PATIN

aku nak tnya pada korang semua, makanan apa yg paling mahal korang pernah mkn?...huhu...korang penah mkn ikan patin? msti rmai yg pernah kan...aku pon pernah tp skali jela. pas mkn terus rs len macam..cam nak demam..huhu...sbb tekak aku takleh terima ikan tu..tak tau nape..org cakap ikan tu sedap terutamnya masak lemak cili api ataupun buat asam pedas..ntahlah, masing2 punya selera kan..aku buknnya memilih sangat tp dh tekak takleh terima nak buat camne...huhu..kat sini aku terjumpa satu entri dr bernama menceritakan pasal ikan patin ni...nak tau apa kisahnya...bacalah berita kat bawah ni ye.. =)



Sekumpulan 50 pelanggan yang makan hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di Temerloh, terkejut apabila
mereka dikenakan bayaran RM13,000.

Menurut seorang daripada kumpulan itu yang enggan namanya disiarkan, beliau membawa rakan-rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan baru-baru ini yang menyediakan ikan-ikan sungai, ulaman dan sayur-sayuran kampung.

"Selesai makan, pemilik restoran berkenan mengenakan bil berjumlah RM13,000 dan saya terpaksa membayar," katanya kepada Bernamahari ini.

Beliau berkata, jika dikira, setiap seorang daripada 50 orang itu, dikenakan bayaran RM260.

"Ini melebihi makan di restoran enam bintang di Kuala Lumpur," katanya.

Kejadian itu kini menjadi bualan peniaga serta penduduk di daerah Temerloh.

Bernama difahamkan ikan patin buah atau patin muncung dijual pada harga antara RM90 dan RM120 sekilogram, dan apabila dimasak, ia dijual dengan harga RM25 hingga RM35 seketul mengikut saiznya.

Ikan patin sangkar pula berharga RM15 sekilogram, dan jika dimasak, dijual antara RM5 dan RM7 seketul.

Ikan patin sungai berwarna kelabu manakala patin sangkar berwarna cerah dan putih di bahagian sisik atas dan bawahnya pula berwarna kemerahan serta banyak lemak.

Ketua Pegawai Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Temerloh, Othman Din, meminta restoran dan kedai makan di Temerloh supaya mempamerkan tanda harga atau menyediakan harga pada menu jualan bagi kemudahan pelanggan dan orang ramai.

Mereka yang tidak mempamerkan tanda harga boleh dikenakan denda sehingga RM15,000 atau penjara dua tahun atau keduanya sekali, katanya.


Dah baca ke entri tu...macam tak logik kan harga ikan sampai mahal macam tu sekali...kalo aku tak mkn dh..baik aku g beli daging ke, mntak mak aku masakkan...macam2 jenis masakan leh buat..huhu..tp itulah, kalo diri dah suka pada sesuatu, harga tidak menjadi masalah..asalkan diri mendapat kepuasan..
p/s: anum, abg tak mkn ikan patin...nnt kalo dh nikah takyahla masakkan ye ikan patin..hehe

Sunday, 10 April 2011

CINTA DAN BAS


Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas. Bila bas tu datang, awak nengok bas tu dan awak kata pada diri awak,”Eee… penuhnya… tak de tempat duduk.” Jadik, awak katakan pada diri awak, “Saya akan tunggu bas yg lain.” Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain. Kemudian, datang pulak bas yg kedua. Awak nengok bas tu dan awak akan cakap, “Eee… bas ni buruk sgt… mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan.” Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.


Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata, “Emmm… . tak de air-cond… cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain.” Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa… awak dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak. Walaupun yg datang tu adalah bas yang ber aircond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak? Jadik, (terutamanya golongan perempuan)lelaki pun samalah mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya awak dapati “bas” itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu. Tapi… saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti- nanti kan), awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak! Hahahaha… . Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu… semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!

Saturday, 9 April 2011

AYAH

semua manusia di bumi ini mempunyai ayah...tidak kiralah die anak luar nikah atau ape..tetapi semstinya mempunyai ayah yang telah membantunya dilahirkan di muka bumi ini..aku juga mempunyai ayah...ayah aku seorang yang low profile...die seorang pemuda kampung..skang umurnya dalam lingkungan 60 an..aku harap ayah aku panjang umur agar dapat lihat kejayaan aku dan ada masa hari kenduri aku ngan anum (insyaAllah)...walaupun die sekarang sakit2, aku sentiasa doakan yang terbaek untuk ayah aku walaupun kadangkala aku ada juga merajuk atau terasa dengan ayah aku... namun semua itu hanyalah smentara.



aku saja nak ceritakan pengalaman aku memiliki seorang ayah..walaupun ayah aku hanyalah orang kampung, tak memiliki kekayaan macam ayah org lain, namun aku tetap bersyukur. aku sifatkan ayah aku seorang yang begitu mengambil berat tentang anak2 dan sedara die...tetapi dilakukan tidak secara menerus, kalo orang tak perasan memang tak tau la...aku masih ingt lagi, ms umur 50 thn ayah aku dpt duit kwsp suku dari jumlah sebenar..slalunya kalo umur 50 boleh keluar suku.. so dapatla dalam beberapa ribu hasil dari kerja kilang papan sejak dia berusia belasan tahun..ok berbalik kepada duit tersebut, dalam beberapa hari je duit td seakan sudah habis...walaupun aku ms itu msih di sekolah rendah, namun aku dapat rasai 'kehilangan ' duit kwsp itu. lepas beberapa hari aku dapat tahu yang ayah aku sbenarnya bayar duit ceti selepas meminjamnya. sbb itu duit itu dh takde. dicampur dengan bunga lagi mestilah besar bayarannya. kalo pada masa sekarang ceti itu orang panggil sebagai along. aku dapat tau ayah aku pinjam duit itu dari ceti sbb nak tampung persekolahan aku dan adik aku. nak bayar yuran, duit perbelanjaan harian, beli buku sekolah...sedih aku dgr..kalo la tak dpt bayar hutang ceti tu mesti buruk akibatnya tp die pnjam sbb terdesak sgt...die nak anak-anak dia sekolah tnggi2 hngga menara gading supaya tak jadi macam die.

ayah aku bgtau aku die sekolah hanya setakat darjah 1 lepas itu lari dari sekolah...dia taknak anak-anak ikut macam dia..lepas sekolah dia bgtau dia tnggal dengan kakak dia dekat sik dengan membuat kerja2 kampung...selepas itu baru bergerak tnggal di sungai petani dan menetap disitu..ayah aku bekerja dgn kilang papan dr usia remaja shnggalah umur 50an sbb dh takleh kerja disbbkan oleh mata menjadi katarak. katarak itu pon dpt hasil drpd terkena habuk kayu setiap hari. pernah masa kecil, ayah aku belikan makanan hanya untuk aku dan adaik2 sbb tak cukup wang...die memberitahu sudah kenyang tp aku tau dalam diri dia menahan lapar untuk mengenyangkan perut aku.

semasa kecik aku selalu gak kena pukul ngan ayah aku..tp bukannya pukul sengaja, pukul secara bersebab. di sebabkan aku nakal dan kadangkala tak dgr kata, camtula kena...hehe..aku ni suka main dkat bendang tangkap ikan.. so kalo aku dh kat bendang tu, aku ibaratkan bendang tu macam swimming pool..aku terjun jela..habis kotor baju ngan seluar aku..balik plak dh senja..so apa lagi mangamuk la ayah aku..ahhaha.berbirat badan aku kena tibai ngan penyapu...tp tu semua mnagajar aku supaya lebih berdisipilin dalam kehidupan agar tidak melakukan perkara2 di luar batas.


sekarang ayah aku dah uzur.. dah sakit macam2..yang paling teruk sakit gout die...tiap2 hari kena mkn ubat tahan sakit..kalo sehar tak mkn nnt tgn akan menggeletar teruk...macam parkinson dan terpaksa menahan sakit sehinggakan tidak dapat bangun. pernah satu hari tu ayah aku masuk hospital disebabkan sakit, namun aku tidak mengetahuinya...selepas semnggu masuk hospital baru aku dapat tahu...aku dapat tahu ayah aku tak bagi beritahu aku sbb ketika itu aku sdang berada di U untuk menghadapi exam..die xnak fikiran aku terganggu...aku menangis dgr jwapan tu...kalo la terjadi apa2 pada ayah aku ketika itu..aku harap ayah aku dipajangkan usia supaya dapat tgk kebahagiaan anak-anak dan kejayaan anak-anak. kalo bleh aku nak bw ayah aku pergi ke haji dan harap ayah aku dpat tgk aku kawin dgn anum nnt...aminn...ayat yang ayah aku slalu ckp ms aku kecik "BUAT APA YANG AYAH SURUH, JGN BUAT APA YG AYAH BUAT" ...aku paham mksud ayat ini, so kita sbg anak pikir2kan la..wsalam



CERITA AYAH DAN SI ANAK KECIL 

Satu hari ketika seorang ayah membeli beberapa gulung kertas bungkusan hadiah, anak perempuannya yang masih kecil dan manja sekali, meminta satu gulung daripada beliau.
"Untuk apa?", tanya si ayah. "Nak bungkus hadiah", jawab si kecil.
"Jangan dibuang-buang ya", pesan si ayah, sambil memberikan satu gulungan kecil.
Keesokan harinya, pagi-pagi lagi si kecil sudah bangun dan membangunkan ayahnya, "Yah, Ayah... ada hadiah untuk Ayah."
Si ayah yang masih menggeliat, matanya pun belum lagi terbuka sepenuhnya menjawab, "Sudahlah.... nanti nanti saja."
Tetapi si kecil pantang menyerah, "Ayah, Ayah, bangun Ayah, dah pagi."
"Eh... kenapa ganggu ayah... masih terlalu awal lagi untuk ayah bangun."
Ayah terpandang sebuah bungkusan yang telah dibalut dengan kertas pembungkus yang diberikan semalam.
"Hadiah apa ni?"
"Hadiah hari jadi untuk Ayah. Bukalah Yah, buka sekarang."
Dan si ayah pun membuka bungkusan itu.
Ternyata di dalamnya hanya sebuah kotak kosong. Tidak berisi apa pun juga.
"Eh.. kenapa kosong?? Tak ada isi di dalamnya. Kan Ayah dah kata jangan buang-buang kertas bungkusan Ayah. Membazir tu"
Si kecil menjawab, "Tak Ayah, ada isi tu... tadi kan, Puteri masukkan banyak sekali ciuman untuk Ayah."
Si ayah merasa terharu, dia mengangkat anaknya lalu dipeluk dan diciumnya.



"Puteri, Ayah belum pernah menerima hadiah seindah ini. Ayah akan selalu menyimpan hadiah ini.
Ayah akan bawa ke pejabat dan sekali-sekala kalau perlu ciuman Puteri, Ayah akan mengambil satu. Nanti kalau kosong diisi lagi ya!"
Kotak kosong yang sesaat sebelumnya dianggap tidak berisi, tidak memiliki nilai apa-apa pun, tiba-tiba terisi, tiba-tiba memiliki nilai yang begitu tinggi. Apa yang terjadi?
Lalu, walaupun kotak itu memiliki nilai yang sangat tinggi di mata si ayah, namun di mata orang lain tetap juga tidak memiliki nilai apa pun dan menganggapnya sebuah kotak kosong.
Sahabat-sahabat, 
Sebagaimana anda memandangi hidup demikianlah kehidupan anda. Hidup menjadi bererti, bermakna, kerana anda memberikan erti kepadanya, memberikan makna kepadanya. Bagi mereka yang tidak memberikan makna, tidak memberikan erti, hidup ini ibarat lembaran kertas yang kosong.


Friday, 8 April 2011

RAWATAN KAMPUNG


pernah dengar tak tafsiran mimipi pasal kena patuk ular ataupun dikejar ular. orang-orang yang kata, tak tahu lah orang tua mana, atau sape-sape , kecuali orang utan, depa kata kalo mimpi camtu maknanya ada orang nak masuk minang..hehhe..tp tu mungkin keercayaan orang dulu-dulu. aku tak puas hati jawapan tu, aku cari lagi jawapan lain. apa yang aku jmpa memeranjatkan juga. ianya daripada tokoh ulama islam.

dari ibnu Qayyim

'barangsiapa yang bermimpi dikejar/di patuk ular, maka berhati-hati lah. kemungkinan besar bahaya sihir(ilmu hitam) menghampiri (berada dalam diri) kamu'

erm..takut bukan...aku dah 2 kali mimpi camnie...kali pertama 2 bulan lepas...lepas sminggu mimpi camtu, telinga aku tetiba tak berfungsi... sebelah kiri sahaja... makin lama mkin tak dengar... aku telah pergi ke klinik ENT kat HUKM...macam2 test aku buat, tp dktor masih tak tau puncanya kenapa. aku mkin risau... takut pekak sebelah..kalo tau kenapa telinga aku jd macam ni leh la diubati dengan betul.. masalahnya dktor pon tak tau nak sahkan aku kena ape...so dktor syorkan aku buat MRI sbb dia syak aku ada ketumbuhan dalam kepala berhampiran otak. terkedu aku seketika semasa dktor tu cakap camtu. walaupun tak confirm lg namun perasaan gundah tu melekat kat dlm diri aku.. aku mula terbayangkan wajah -wajah yg aku syg...mak ayah, adik2 dan anum...selepas itu, aku balik ke kg utk mencuba rawatan tradisional pula, aku berumpa dgn ustaz man, org kg aku... dia tolong aku berubat cara kg...dia cakap dlm diri aku ada 'benda' tp dia cuba tolong buangkan. benda tu dah kacau aku punya telinga, sbb tu aku tak dgr.katanya....aku dgr jela, nak percaya ke tidak tu aku pon confius gak tp aku tetap berubat walaupun rs confius.. lepas 2, 3 kali berbat ngan die, lama2 telinga aku berfungsi seperti biasa. padahal sebelum initelinga kiri aku tak berfungsi mcm biasa smapaikan dktor pakar pon tak tahu sbb ape....mngkin betol kata ustaz tu... 



aku juga ada terbaca tentang entri yang mengatakan jin dan syaitan ini boleh menyerang sesiapa sahaja jika dikehendakinya dan diperkenankan oleh Allah SWT. bena tu boleh menyerang anggota fizikal kita sehinggakan menyekat saluran darah kita , mengganggu otak dan macam2 lagi. dalam perubatan moden skang mungkin ramai yang kurang mempercayainya...tp bg aku, ianya ada dimana2, jika kita sudah mengalaminya barulah kita akan mempercayainya...

sekarang mata kanan aku pula tiba2 semakin tak nampak... dah dekat sebulan..aku pon tak tau kenapa... aku dh ke HUKM bahagian pakar mata untuk melihat kenapa mata aku terjadi sedemikian. namun, dktor sana masih bbelum tau knp mata aku terjadi begitu. mereka bagaikan jadikan aku bahan ujikaji... mereka mensyaki aku mengidap tibi, kencing manis, darah tinggi , selaput mata, ada ketumbuhan...sehinggakan bermacam test aku buat....mantoux test,snellen test x ray dada, scan kepala, ujian darah, malah mata aku diletakkan bermacam2 ubat titis dan dilihat melalui slit lamp test...smpaikan mata aku jd berpinau..namun depa masih belum dpt kesan kenapa dan semua ujian yg aku buat itu ok...so aku dah malas pergi HUKM sbb bknnya makin elok mata aku..lagi skait adalah...dktor tu tertusuk alat kat mata kiri aku...smpaikan jad darah beku..mangkuk punya dktor..mata kiri aku yg elok ni kang kabur plak.

so aku amik keputusan nak try buat rawatan kg macam aku skait telina aritu...tetapi aku nak abiskan dulu exam ini..aku harap mata kanan aku kembali normal macam biasa...skang aku minum pati beri innershine utk cuba kurangkan masalah ini..harap semuanya kembali normal selpas aku berubat cara kg nanti...

Sunday, 3 April 2011

SILAP MATA

anda suka tak ngan silap mata?...aku suka sgt, bagi aku die mnguji konsentrasi dan disiplin pada pemain silap mata tersebut. bukan senang nak buat silap mata. bagi sesetengah orang, depa kata silap mata ni mengunakan sihir, hantu belaan. ntahla, tp pada aku ianya cuma permainan yang mnggunakan kepandaian nak trick orang. kat sini ada aku post yang basic je pasal permainan tu..saja suka2. pasal darab 9 pon ada, so leh la ajar adik2, anak sedara ke tentang tu..heheh