Tuesday, 12 April 2011

KACANG PISTACHIO (KACANG CERDIK)

kacang pistachio...ada juga menggelarkannya sebagai kacang cerdik. cerdik kat mana tak tau la...tp aku suka sangat makan..kalo pegi kat pasaraya and lalu kat kwsan jajan tu msti aku belek2 kacang tu..slalunya tgk jela sbb nak beli mahal hrganya..huhu..yela aku kan student lagi..kalo smnggu sekali leh la beli..kalo dh keje nnt hari-hari aku beli..mkn smpai muak..hehe..aku suka rasanya, lain dari yang lain..td pon aku beli gak kat warta...130gram je dalam rm7 lebih. mkn sekali hadap je...heheh..aku ni walaupun kurus tp kalo nfsu mkn tu dtg..perghh...mkn cam tak ingt dunia..kacang ni bnayak khasiatnya..untuk kebatinan lelaki pon ye juga..sbb ada kajian kat mana aku tak ingt dah membuktikannya...mereka bagi mkn 3 bulan kacang tersebut kepada lelaki-lekai yang lemah syawat and cair air maninya, namun selepas 3 bulan tu menampakkan hasil yang positif..selain itu kacang ni bagus juga untuk pemikiran kita. kalo kita tgk orang yahudi kebanyakkannya genius kerana mereka menjaga aspek pemakanan. kat bwh ni aku dptkan entri ttg kacang pistachio ni untuk pengetahuan kita semua la...=)



Pistachio berasal dari negara Timur Tengah dan Asia. Kacang Pistachio merupakan makanan kaum bangsawan zaman Romawi kuno. Kacang pistachio, adalah merupakan sejenis makanan para genius dahulu dan kini. Kacang Pistachio punya khasiat tersendiri, antaranya zat besi, folat, kalium, niasin, riboflavin dan zing. Kacang berwarna hijau ini juga mengandungii banyak fitoterol yang dapat membantu menurunkan risiko terkena penyakit jantung serta beberapa jenis kanser.

Para penyelidik di Pennsylvania State University telah melakukan satu kajian. Responden diminta memakan lebih kurang 42 gram pistachio setiap hari. Pada akhir minggu keempat, mereka yang rajin memakan kacang jenis ini berjaya menurunkan sejumlah kadar kolesterol mereka, hingga sekitar 6.7 peratus, dan kolesterol LDL(kolesterol 'jahat') hingga 11.6 peratus.

Secara tidak langsung, penurunan kadar kolesterol yang hampir 7 peratus, ini turut menurunkan risiko mendapat penyakit jantung hingga 14 peratus! Selain itu, kacang pistachio juga dapat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL), meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL) di dalam tubuh manusia, melindungi usus serta menguatkan hati dan ginjal. Jika membelinya, pilihlah yang kulit luarnya terbuka kerana kulit tertutup menandakan kacang belum cukup tua.Kerana usia pistachio tidak lama sebaiknya pilihlah pistachio yang warna kacangnya hijau terang. Kalau sudah terlalu tua atau lama di toko, warnanya akan pudar, dan kacang akan berubah layu.

No comments:

Post a Comment