Tuesday, 26 April 2011

KEKEJAMAN MANUSIA



GOMBAK - Kejam! Perbuatan penjenayah terhadap mangsanya semakin sukar dijangka dengan kes terbaru polis menemui 10 batang jari seorang lelaki yang dikerat 'cantik' dibuang atas landasan kereta api berhampiran Taman Sri Putra Emas, Kuang di sini semalam.
Kesemua jari yang dibungkus di dalam beg plastik berwarna putih itu ditemui pada pukul 9.55 pagi oleh pejalan kaki sebelum memaklumkannya kepada kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Difahamkan, jari tersebut telah dilemparkan dari atas Jambatan Jintan tepat ke atas landasan iaitu di Kilometer 363 dari Butterworth ke pekan Kuang.
Siasatan awal polis mendapati, kesemua jari berkulit gelap tersebut diikat menggunakan pita pelekat sebelum dikerat serentak.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, ketika itu pekerja KTMB terbabit hanya menyedari lima batang jari di dalam beg plastik tersebut.
Bagaimanapun katanya, selepas diperiksa, polis mendapati terdapat lima lagi jari yang disyaki dikerat dari dua belah tangan milik seorang lelaki.
"Kita turut menemui sehelai baju T berwarna hitam berbelang putih dengan kesan darah dan sehelai seluar slack," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
berita diatas ini dipetik dari pada akhbar kosmo bertarikh 26hb...seriously, bila aku terbaca berita tu aku rs terkejut..tergamak manusia melakukan perkara sedemikian...dalam kita sedang mengejar arus kemodenan, masih ramai lagi manusia bersikap dan bertindak umpama syaitan yang bertopengkan manusia...tidak sedarkah dirinya akan balasan yang akan diterima oleh mereka ini apabila mati kelak. seharusnya sikap yang ada dalam diri kita arus seiring dengan tahap kemodenan yang kita impikan...adakah kita mahu minda kita masih di tahap lama yang tidak menggunakan akal fikiran dalam melakukan sesuatu sehinggakan jadi seperti pak pandir..ayam kalah, kampung tergadai...so fikir-fikirkan lah

No comments:

Post a Comment