Friday 22 April 2011

KEJAYAAN

semua orang inginkan kejayaan..seperti juga aku..aku juga menginginkan sedemikian. ianya merupakan satu kepuasan jika kita berjaya..ada sesetengah nya mencapai kejayaan dalam diri dan tidak kurang juga yang gagal dalam mengejar kejayaan. sepatutnya kita sebagai manusia di arus pemodenan ini menjadikan suatu penghalang ataupun kegagalan itu sebagai dorongan untuk kita lebih maju ehadapan. bukannya kita menyalahkan takdir dan hanya menyerah nasib semata-mata tanpa ada usaha untuk lebih berjaya ke hadapan...

kalo cerita mengenai kejayaan ini aku sering teringat kata-kata lecturer aku semasa aku belajar. lecturer tu bukan lecturer jabatan aku... die dari program lain...just dtg mengajar untuk subjek pendiidkan jasmani suaian. pendidikan jasmani suaian ni adalah satu subjek dimana pendiidkan jasmani diubahsuai mengikut keperluan kanak-knak pendiidkan khas sama ada dalam masalah pembelajaran, penglihatan mahupun pendengaran. okay berbalik kepada cerita kajayaan tu..lecturer tu mmg garang..kalo die masuk semua diam je...muka memang bekeng habis la..hehe..tp aku suka die ngajar...nampak ciri-ciri pendidik tu terserlah

aku ingat lagi..masa kelas terakhir tu die cakap satu benda yang aku ingt smpai ke hari ini...die cakap kalo nak jd org berjaya..mesti cemerlang dalam 4 perkara ni..die cakap,itu kata2 dari guru die so die certiakan pula kepada kami...tp malangnya aku ingt 3 je..huhuh..lg 1 tak ing..aku tnya kwn2 aku yg len..depa langsung tak ingt satu pon. maybe depa dengar macam masuk telinga kanan, keluar telinga kiri je..huhhu

perkara pertama katanya, kita mesti expert dalam pelbagai bidang jadi orang yang bijak... kat sini die maksudkan supaya kita bijak dalam setiap disiplin ...tidak kiralah disiplin itu dalam major kita atau tidak...sevagai contohnya, seorang guru matematik semestinya mempelajari ilmu berkaitan pengiraan, bermain dgn nmbor dan expert dalam perkara itu...tetapi guru itu haruslah juga bijak dalam ilmu lain seperti ilmu fizik, ilmu sains, ilmu agama islam..hal ini agar memudahkan dirinya menjawab setiap persoalan yang bermain di kepalanya dan juga menggabungkan setiap disiplin apabila menghadapi sesuatu perkara ataupun masalah.

perkara kedua ialah kita mesti pandai bercakap...pandai becakap disini bukannya bermksud kita ni peramah..org pendiam pon leh jd seorang yg pandai bercakap juga. pandai bercakap dalam konteks kejayaan ini menyatakan seseorang itu pandai bercakap jika berhadapan dengan seseorang ataupun sekumpulan kelompok manusia. secara contohnya jika berhadapan dengan kumpulan orang tua ataupun kanak-kanak, kita mesti tau macamna nak berbual, bercakap dengan golongan itu..kita tak leh la boleh nak cakap dgn org tua macam kita bercakap dengan member...guna lu gua..kau..hang..gna bahasa yg sopan..kalo nak berhadapa dengan pegawai2 ke msti kita tahu cara-carnya nak memulakan perbualan.

perkara 3 berkaitan dengan masa. untuk jadi seorang yang berjaya kita mestilah patuh dah sharp dengan msa..jgn orang cakap jnji melayu, dtg puku 5 jnji kul 4...tp pelik gak kan nape lak jnji melayu..cina pon ada gak jnji camtu..huhu..ntahlah...untuk jd sorang berjaya kita mesti patuh pada masa...kita lihat bangsa jepun, kebanyakannya berjaya sbb tidak suka lengah masa..bg mereka masa itu emas...lihat saja dalam train, depa akan membaca..tidak seperti di negara dunia ketiga seperti kita masih lagi kurang memberiperhatian terhadap perkara itu...kalo tak caya tryla keje kat kilang tokey jepun cam sony ke..aku dah keje dlu..mmg waktu keje mmg dititikberatkan..kalo terlewat seminit je dah brp RM die tolak gaji

perkara ke4 aku tak ingt..hahahha...camne leh terupa aku pon tak tau..huhuhu...rs nak g tnya balik je lecturer tu...tnya kwn2 depa lagi la tak tau langsung....takpela..nn ingt balik la kot...hehehhe

No comments:

Post a Comment