Tuesday 26 April 2011

TEBUAN


Pernah dgr cerita tentang tebuan..kat sini aku ada story nak cerita pasal serangga yang berbahaya tu kalo semua nak tau Tebuan merupakan sejenis serangga terbang yang mempunyai sengat yang menyakitkan. Tebuan tergolong dalam Order Hymenoptera, Family Vespidae. Spesis utama terdapat di Malaysia ialah Vespa tropica tropica. Nama saintifik bgi haiwan ni semuanya bermula dengan perkataan vespa..cam vespa topica, vespa soror, vespa vivax..pelik kan..cam nama motor plak…hahah

Sarang tebuan dibuat daripada cebisan-cebisan tumbuhan yang dilumatkan menjadi seperti kertas.serangga ni akan kutip daun2 atau tumbuhan yg kering ni die lumatkan dan die buat sarang..kalo kita tgk sarang serangga ni, lawaa…kreatif gak serangga ni ye..hehhe

Tp awas dgn tebuan ni, bhaya…sengatan dia bleh bw maut kalo seseorang tu antibody tak kuat…nmpak je kecik tp sengatan die berbisa ooo…kalo yg berbisa tu kalo tak silap aku org panggil tebuan tanah..sarang die kat tanah la kot…sbb tu kalo kita msuk utan kdg2 kita terpijak sarang die ke..mengamuk la die…hahah
Okay, aku nak crita pasal tebuan ni…ms tu tahun 1990an..tak silap aku, aku drjah 4 kot..ms kejadian ni terjadi kat umah tok aku kat area kuala ketil..waktu tu hari raya kedua..kiteorg balik ramai-ramai ke umah tok aku..mmg mnjadi kebiasaan hari raya kedua kiteorg akan pegi umah tok aku sbb hari raya pertama kiterog raya kat umah dlu kat sg petani…okay..aku smpai je time tu, aku ngan hashim(pak sedara) aku kiteorg pusing2 umah tu sb tak tau nk watpe..akupanggil hashim je kat pak sedara aku tu sbb beza umur kiteorg just 2 thn..so, x bestla nak ber pak pak ni kan..hehhe…kiteorg dua pusing2 tu smpaila kat belakang umah…

Kat belkang umah tok aku ni, aku terjumpa ngan pak uda aku…die pon dlm umur belasan tahun je..die tengah lastik sesuatu kat atas pokok rambutan belakang rumah..pak uda aku ni nakal sikit..kalo kat kg mmg semua kenai dia sbb kenakalan dia tu…sekolah pon tak die nie..hhehe…aku tnya la ‘pak uda tgh buat apa”..die ckap ngah terbil (lastik) tebuan….kiteorg tgk kat atas pokok tu…wah..besarnya sarang tebuan…td kiteorg tak nmpak sbb sarang tu terlindung ngan daun2…so, mcm best lak lastik sarang tebuan tu kan walaupun aku tau tebuan ni bhaya..heheh…sblum nip on aku dh bnyak kali kena ketit(sengat) tebuan tp aku ni jenis tahan lasak masa kecil so aku tak kesah sgt pon…pak uda aku terus lastik and aku ngan hashim dok cari batu bg kat pak uda aku tu…



nilah bentuk sarang tebuan

ntah ke berapa puluh kali lastik baru kena sasaran..tetiba lepas kena sarang tu, sebahagian sarang tu terjatuh ke bawah…masa tu plak adik aku (arwah mah) lalu kot bwh pokok tu…masa tu umur die dalam 7@8 tahun kot…sarang tebuan tu jatuh betol2 depan adik aku…lepas je sarang tu jatuh, aku, pak uda and hasyim bertempiaran lari sbb tebuan tu kejar kiteorg…ms aku lari tu aku nmpak tebuan tu kejar kiteorg namun tak berjaya die sengat sbb kiteorg lari laju..hehe…terer tak

tapi yg kesiannya kat arwah mah..die masa tak tau apa and sarang tu jatuh depan die..so tebuan tu dating hurung (kerumuni) dia…penuh serangga tu hnggap kat kepala and masuk dalam baju dia..aku nmpak adik aku menjerit sekuat hati and semua yang ada dalam rumah waktu tu terkrjut dan dapatkan adik aku..ayah aku dukung adik aku msuk dalam tandas..ms tu aku ingt berpuluh ekor serangga tu atas kepala adik aku…ms ayah aku tolon buangkan serangga tu juga, ayah aku kena sgt..tebuan tu msuk dalam kain ayah aku..bile ingt balik, sedih plak..angkara kiteorg bertiga…

lepas dapat buangkan serangga tu, terus dptkan kereta and bw adik aku pergi klinik berhampiran..sbb time tu die dah kena sengatan bnyak ekor serangga tu…nasib baik tak jd pape, lepas die balik dr klinik tu, kepala and muka adik aku bengkak2…kiterg bertiga kena marah…hahahah..padan muka..tu la nakal lagi..mlm tu jg, utk elakkan perkara buruk berlaku, pak-pak sedara and jiran2 umah tok aku, bakar sarang tu…depa ikat sabut kelapa kat ujung galah n bakar..pastu padam api bg ada asap je…kena bakar pd waktu mlm sbb nnt penglihatan tebua ni terhad..pastu gna asaptu utk sakitkan mata tebuan tub g tak nmpak…jd buta la tebuan tu..hahah…so, sarang tebuan tu dapat dibakar pada mlm tu..dalam sarang tebuan tu kalo korang nk tau ada bnyak anak tebuan and elur tebuan..org kg ni suka amik anak and telur tebuan ni sbg umpan utk tngkap ikan..kat umah tok aku plak ada sg..so depa berebut cari telur and anak tebuan ni…begitulah kisah nya..heheh


Inila rupa anak tebuan tu

satu lagi pasal tebuan ni, ada member aku mati sbb tebuan ni..kalo tak silap aku 2 tahun lepas kot…masa tu die pegi mincing dengan 2 org bapa sedara die…dieorg naik smpan kecik..masa tgh mincing tu aku dapat tau, ada sekor burung helang pegi kacau sarang tebuan kat atas pokok..pokok tu plak tak jauh dr tempat die mincing..lepas helang tu kacau, die lari plak..tak guna punya burung helang…so, oleh sebab sarang die kena ganggu, tebuan tu bertindak agresif la nak balas dendam..oleh kerana member aku tu berada berdekatan dengan pokok tu, so tebuan tu serang mereka bertiga..salah sorang yg selamat tu cerita ms tebuan tu dtg depa Nampak langit gelap je…bnyak betol tebuan dtg kearah mereka..mereka dgr bunyi yg pelik..bile tebuan tu dh dekat, mereka bertiga terjun ke dalam sungai tu utk selamatkan diri walaupun ketika tu dh bnyak sengatan depa terima…member aku plak die terjun tapi tak nyelam so bler bdan die ternampak diatas permukaan, tebuan tu dtg serang lagi..penuh tebuan hnggap atas badan die..manakala 2 org pak sedara die plak menyelam and tmbul utk amik nafas seketika.

Bile dah bnyak sengatan diterima, and mungkin antibody dah lemah so kwn aku tu lemas…pak sedara die berdua tu tak dapat buat apa…berita ttg tragedy tu smpai ke org kg..ramai org kg dtg utk sama2 mencari member aku bersama anggota polis and bomba..sbnrnya lepas lemas, member aku tu hilang tak dijumpai..pak sedara dia 2 org tu plak telah dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan..selama 2 hari anggota keselamatan bertungkus lumus mencari mayat member aku tu…smpaikan mereka berkampung di tepi sg tu bersama ahli keluarga mangsa…pada hari kedua tu baru mayat mangsa dijumpai tetapi tidak jauh dari tempat kejadian dan pasukan keselamatan telah menyelam di tempat tersebut banyak kal namun tidak berjumpa…org cakap mungkin ada ‘sesuatu’ sorokkan mayat die..walahhuallam…

So, berhati2 lah dengan sengatan tebuan ni..kalo terjumpa ekor tebuan sahaja pon yang keplanya tertanggal, jgn sesekali cuba pegang sbb sengat dia masih ada. Satu lagi ada petuakat sini aku nak bagi…Kalau terkena sengat tebuan ke lebah ke, amik air hidung dan letak kena sengat tu. Tapi sebelum tu kena buang sengat tu dulu. Kalau kena sengat belah kanan ambik air idung belah kanan, kalau kiri amik kiri la. Boleh guna masa darurat, kalau ada ubat guna la ubat. hehehe. ..okay chowwww


No comments:

Post a Comment