Sunday 3 April 2011

SAJAK AKU

Sajak ni bg aku adalah satu ayat yang mewakili rasa, ataupun perasaan si penulisnya. Aku saja-saja je tulis sajak ni. Tulis pon ikut gerak hati...heheh...tp tak tau la ok ke tak sbb tak biasa menulis sajak. yg aku ingat tentang sajak adalah pd hari guru sbb ada satu sajak yg best tu tulisan Usman Awang tahun 1979, tajuk die guru oh guru kot...sbb fakulti aku kalo buat sambutan hari guru mesti ada deklamasi tentang sajak tu.kat bwh ni adalah 2 sajak nukilan aku sendri...heheh...x ciplak mana2 nooo


LUAHAN HATI

Provokasi diri
Ungkapan alam untuk tekanan
Membara dan seterusnya meletup
memancar-mancar sinar halusinasi

Bagaimana mahu merawatnya?
Bagaimana mahu meraikannya?
Hanya diri sendiri yang tahu, erti semua ini
Tidak bersandarkan kepada sesiapa

Seribu yang terjadi
tidak semuanya dapat dibaiki
Hanya Pencipta Alam Maha Mengetahui
Berserah dan redha dengan kehendakNya
Walaupun masa depanku nampak kelam





EVOLUSI DIRI

Pada masa lalu dilahirkan
Pada selepas itu, kanak-kanak keriangan
Pada suatu ketika remaja masih tanpa tujuan
Pada sebelum ini dewasa mencari kesempurnaan hidup
Pada ketika ini, aku muhasabahkan diri ini,

Samada kebaikan atau keburukan 
Perkara ku buat selama ini

No comments:

Post a Comment